ANIMASI 2D:SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM MATEMATIK MENERUSI ALGEBRA

Penyelidikan ini bertujuan untuk menyampaikan masej mengenai sumbangan Al-khawarizmi menerusi algebra dalam bentuk animasi 2 Dimensi.Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang Al-khawarizmi dan mengenalpasti sumbangan Al-khawarizmi menerusi algebra.Teknik yang digunakan untuk menghasilkan animasi tentang tokoh Al-khawarizmi adalah teknik paper cut out,after effect.Kajian ini harus dilakukan bagi melahirkan usaha mengenali tokoh cendikiawan tamadun Islam Al-khawarizmi sebagai "Bapa Algebra".

PENGENALAN

Dalam sejarah kegemilangan tamadun umat Islam,berbagai-bagai penemuan ilmiah telah dilakukan oleh mereka.Ahli-ahli matematik Islam telah mencipta simbol,formula dan kaedah matematik atau mempermudahkannya.Ada di antara penemuan mereka itu digunakan oleh dunia antarabangsa sehingga ke hari ini.Justeru itu,penemuan orang Islam dalam matematik merupakan suatu sumbangan terhadap khazanah ilmu pengetahuan antarabangsa yang tidak ternilainya.Menurut George A.Miller (1916),sejarah matematik merupakan pencapaian saintifik yang mempunyai nilai tetap di samping memberi perhatian kepada warisan intelektual agung yang wujud pada hari ini.

TOKOH AL-KHAWARIZMI

TOKOH AL-KHAWARIZMI

LATARBELAKANG TOKOH

Nama sebenar al-khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.Selain itu,beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.Al-khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-khawarizmi, al-cowarizmi, al-ahawizmi, al-karismi, ai-Goritmi,al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.Beliau telah dilahirkan di Bukhara.Pada abad ke-9 tahun 780-850 Masihi adalah zaman kegemilangan al-khawarizmi.
Beliau telah wafat antara tahun 220 dan 230 Masihi.Beliau merupakan seorang ahli matematik dan astronomi.Beliau telah dipanggil ke istana Al-Ma'mun kemudian dilantik menjadi ahli astronomi di istananya.Hasil daripada buku karyanya "Hisab al jabr wa Muqabalah " (Buku Pengiraan Pengembalian dan Penurunan), nama algebra (al-jabr) muncul.Al-khawarizmi menterjemahkan beberapa karya Yunani juga. Franklin W. Kokomoor,(1946).

ALGEBRA

ALGEBRA

DEFINISI ALGEBRA

Isaac Funk, Calvin Thomas dan Frank H. Vizettelly (1940) berpendapat bahawa algebra ialah 'cabang matematik analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbol'.Selain itu, Ibn Khaldun mentakrifkan algebra sebagai cabang aritmetik.Ini adalah kebijaksanaan mendapatkan tidak ketahuan dari data-data yang diberi,jika terdapat perhubungan di antara data-data menurut Franz Rosenthal, (1958)

ASAL USUL ISTILAH ALGEBRA

Teks Algebra Al-khawarizmi yang bertajuk Al-Jabr wa Al-Muqabalah (The Science Of Cancellation and Reduction) ditulis pada tahun 820 M. Sidney G. Hocker, Wilfred E. Barnes & Calvin T. Long, (1963)

PANEL PRA CIPTA 1

PANEL PRA CIPTA 1

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

AL-JABR WA' AL-MUQABALAH
Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

HISAB AL-JABR WA AL-MUQABALAH
Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh Al-khawarizmi.

SISTEM NOMBOR
Beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

STORYBOARD

STORYBOARD